Sultan Muhammad Faris Petra
Sembah patik buat Sultanku, Sultan Muhammad Faris Petra. Selamat menduduki takhta buat Tuanku Sultan yang amat disanjung rakyat. Mengunakan gelaran Sultan Muhammad ke-V mengantikan ayahandanya iaitu Sultan Ismail Petra pada majlis pengishtiharan Sultan pada 13 September 2010 yang lalu yang mana menjadikan Tuanku sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 memerintah kelantan. Pemilihannya yang mana ketika itu putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid telah mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu. Pengishtiharan baginda sebagai Sultan kelantan pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup.
Pemerintahan Diraja Kelantan
Perlantikan baginda walaupun mendapat pertikaian dari saudaranya iaitu Tengku Temenggong Kelantan,Tengku Muhammad Fakry telah dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Perlantikan itu jugak hasil dari persidangan sebulat suara Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan. Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu. Pengistiharan itu telah menarik minat lapisan rakyat mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.
Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.
Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A’Ishah Putri.
Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.
Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.
INFO : Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V
Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
Anak sulung daripada empat beradik.
Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009
Pendidikan
Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975.
Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
Kelas Persediaan – The Alice Smith School,
A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989
Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London
Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
European Business Administration – European Business School London.
Hobi
Membaca
Ekspedisi pacuan 4 roda
Golf
Kuda Lasak
Menembak
Memanah
Badminton
Bolasepak
Bowling.
Aktiviti sosial dan agama
Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana
Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan
Dampingi alim ulama
Sifat pemurahmu terserlah
Tuanku mengimamkan solatPerihatin pada nasib rakyat
Tuanku berjiwa rakyat
BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah
Dr MAZA
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat pada pemerintahan Tuanku