Sahabat

Kata Berhikmah , Teladan Terserlah

“Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
(Muttafaq ‘alaih)


Thursday 12 May 2011

Sinetron Dai'e




















Peringatan!!Sebelum kita nak dakwah orang,kita penuhi diri kita dengan ilmu secukupnya dengan akhlak yang baik serta pintalah restu dari Allah melalui "ibadah kita"(biar sempurna) semoga dengan itu dakwah kita diberkati serta dapat diterima oleh Mad'u(sasaran dakwah kita). Peringatan untuk diri ini jugak!! =P 


Allah Tuhanku, Rasulullah Teladanku~

Pengenalan kepada qawa'id fiqhiyyah




Bagi mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di peringkat sekolah menengah dan universiti, mungkin sudah biasa dengan istilah qawa'id fiqhiyyah. Ia sebenarnya adalah salah satu ilmu penting dalam ruang lingkup ilmu fiqh dan usul fiqh.


Qawa'id adalah jamak kepada perkataan kaedah. Ia bermaksud asas atau prinsip. Sesuai dengan maksudnya dari sudut bahasa, qawa'id fiqhiyyah atau kaedah fiqh adalah merupakan prinsip-prinsip fiqh bersifat umum yang mengandungi hukum-hakam secara umum untuk disesuaikan dengan bahagian-bahagiannya.Kemunculan kaedah fiqh banyak dipengaruhi oleh faktor tuntutan semasa. Ia muncul setelah jarak masa para ulama semakin jauh dari generasi terawal iaitu para salafussoleh.


Ini banyak mempengaruhi penetapan hukum dalam sejarah pensyariatan dan kepatuhan syariah dalam dunia umat Islam. Penetapan hukum dalam Islam telah melalui beberapa peringkat. Peringkat yang pertama adalah pada zaman Rasulullah SAW. Pada zaman ini, penetapan hukum dilaksanakan melalui wahyu Allah SWT secara langsung iaitu al-Quran atau melalui hadis Nabi. Para sahabat tidak berhadapan dengan kesukaran untuk mengetahui hukum pada peringkat ini kerana kesemua permasalahan yang berlaku boleh dirujuk terus kepada Rasulullah.


Bagi sahabat-sahabat yang tinggal agak jauh daripada Madinah, Rasulullah mengutuskan sahabat-sahabat yang layak berijtihad. Sebagai contoh, bagaimana dapat dilihat melalui perakuan Baginda kepada ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat r.a dalam hadis-hadis berikut: Satu Hadis yang diriwayatkan daripada sahabat Nabi SAW iaitu Muadz ibnu Jabal ketika diutus ke Yaman.Dari Muadz ibnu Jabal r.a bahawa Nabi SAW ketika mengutusnya ke Yaman,


           Nabi bertanya: Bagaimana kamu jika dihadapkan permasalahan hukum? Ia berkata: "Saya berhukum dengan kitab Allah". Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam kitab Allah?" Dia berkata: "Saya berhukum dengan sunnah Rasulullah SAW". 


           Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam sunnah Rasul SAW?" Dia berkata: "Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad)". Maka Rasul memukul ke dada Muadz dan berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah sepakat dengan utusannya (Muadz) dengan apa yang diredai Rasulullah SAW," (riwayat At-Thabrani).


Demikian juga ia didasari dengan hadis berikut: Maksudnya: "Terdapat dua orang sahabat yang keluar musafir bersama-sama. Ketika dalam perjalanan, datanglah waktu solat, namun mereka tidak memperolehi air untuk berwuduk.Mereka lalu bertayammum dengan tanah yang suci, lalu solat. Setelah selesai solat, tiba-tiba mereka mendapati air, sedangkan waktu solat masih ada. Salah seorang daripada mereka berwuduk lalu mengulangi solatnya, sedangkan seorang lagi tidak mengulangi solatnya. Setelah pulang, mereka bertemu dan menceritakan kepada Rasulullah kejadian yang mereka alami. Rasulullah berkata kepada yang tidak mengulangi solatnya: "Kamu telah mengikuti sunnah dan solat yang kamu lakukan telah cukup bagimu."


Sedangkan kepada yang mengulangi wuduk dan solatnya beliau berkata: "Kamu mendapat dua pahala". (riwayat Abu Daud dan an-Nasaie)Hadis-hadis ini membuktikan bahawa umat Islam dibenarkan melakukan ijtihad khususnya dalam keadaan tidak mempunyai rujukan yang jelas dalam al-Quran dan sunnah.





Allah Tuhanku,Rasulullah Teladanku~

Tuesday 10 May 2011

Warkah khas untukmu wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..

Bismilahirahmanirahim...


Wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah setampan Nabi Yusof,  aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai suami jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama menunduk sujud padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi untuk menjadi imammu untuk solat subuhmu kerana ku ingin solat subuh berjemaah di masjid bersama dirimu..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnyku dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering  keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku bersilih ganti denganmu untuk sentiasa menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika aku melarangmu keluar jika engkau tidak berpakaian mengikut kehendak  syarak yang telah difardukan padamu
Adakah engkau sanggup ketika kita keluar bersama,engkau berjalan denganku dengan bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hamba Allah yang lain....
Adakah engkau sanggup jika aku cuba membantumu menyediakan  masakanku untuk meringankan beban kerjamu tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan engkau pintaku menyunting bunga yang lain untuk diriku namun aku menolaknya..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???
 Adakah engkau sanggup jika caraku tidak menyenagi hatimu..
Adakah engkau sanggup jika aku menegurmu dan menasihatimu bukan dengan cara yang engkau senangi,kerna aku mahu engkau mengetahui yang aku amat menyayangimu  dan tidak akan mengabaikan tangungjwabku keatasmu
Wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi aku mengharapkan engkau memahami aku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap isteriku tika itu..namun  ku tetap nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang selayaknya untuk dirimu..kerana cukuplah Allah dan RAsul bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal isteriku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan kerja dan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya sebagaimana aku menerima dirimu~

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia yang Maha Agung~

Sekian warkah khas untukmu wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..






Aku mengenalinya dan aku amat menginginkannya Ya Allah

Allah Tuhanku,Rasulullah Teladanku~

Sunday 8 May 2011

Palestina Sentiasa Dihatiku











Untukmu jiwa-jiwa kami,,untukmu darah kami,,untukmu jiwa Dan darah kami,,Wahai Al-Aqsa tercinta
 
Untukmu jiwa-jiwa kami,,untukmu darah kami,,untukmu jiwa Dan darah kami,,Wahai Al-Aqsa tercinta


Kami akan berjuang,demi kebangkitan islam,kami rela berkorban,Demi Islam yang mulia


Untukmu Palestina tercinta,kami penuhi panggilanmu,Untukmu Al-Aqsa yang mulia,Kamikan terus bersamamu

Untukmu Palestina tercinta,kami penuhi panggilanmu,Untukmu Al-Aqsa yang mulia,Kamikan terus bersamamu

Kami akan berjuang,,demi kebangkitan islam,,kami rela berkorban,,Demi islam yang mulia


Ya Robbi,, izinkanlah kami

Berjihad di jalan palestinaMu

Ya Allah,, masukkanlah kami

Tercatat sebagai syuhadaMu



Ya Robbi,,izinkanlah kami

Berjihad di jalan palestinaMu

Ya Allah,,masukkanlah kami

Tercatat sebagai syuhadaMu
     





Allah Tuhanku,Rasulullah teladanku,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...