Sahabat

Kata Berhikmah , Teladan Terserlah

“Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
(Muttafaq ‘alaih)


Tuesday 26 April 2011

Aku tinggalkan cinta kerana ALLAH



Assalamualaikum..

Ini adalah kisah isi hati seorang pemuda(sumber dipetik dari http://sabahanmuslim.blogspot.com/ ) atas perjalannya sebagai hamba Allah yang punya kesilapan namun di setiap kesilapan itu adanya keinsafan yang memberi panduan dan dorongan serta sumber kekuatan.  
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq, Jordan.
_________________

Semoga kisah ini sebagai pengajaran buat kita.Walaupun perpisahan itu sangat berat untuk diterima,namun kita harus mengetahui Allah yang harus diutamakan.Cinta tidak akan kekal lama tanpa restu daripada Allah. Kita sebagai hamba Allah yang lemah tidak pernah pernah lari dari melakukan kesilapan.Seharusnya kita  bersyukur kepada Allah dia atas segala sesuatu yang Allah datangkan pada kita kerna di setiap teguran Allah itu adanya sebab musabab tanpa kita ketahui.Maka setiap teguran dari Allah itu terjawablah yang Allah amat mengasihi hambanya daripada terus menerus dalam dunia kelalaian.Allah sentiasa memberi ruang kepada hambanya untuk bertaubat dan memohon ampun kepadanya.Kita sebagai makhluk ciptaannya perlu adanya titik noktah untuk cuba memperbaiki diri biar pun sukar untuk kita menerima segala sesuatu.Kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Akal yang Allah pinjamkan untuk kita hanyalah sebagai  medium untuk menilai baik dan buruk segala sesuatu.Letakkanlah segala pergantungan kepada Allah.  Allah itu Maha pengasih, Maha penyanyang,Maha melihat,Maha mengetahui segala sesuatu. Semoga kita semua tergolong dikalangan hamba Allah yang beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.Aminnn~




Allah Tuhanku,Rasulullah teladanku~


Monday 25 April 2011

Pertemuan itu takdir perkenan,ikatan itu ranjau kesabaran,ijab itu suatu kebahagiaan


Membina kekuatan diri satu keperluan..

memendam perasaanmu sehingga kamu menemui ajal itu suatu jihad..

terus menanti hari-hari yang tidak  pasti menguji kesabaran hati dan rohani..

semoga terbenamnya matahari di waktu senja dapat dirasai sebagaimana merasai terbitnya fajar di pagi hari..

Ku akan terus menanti,menanti hari-hari yang tidak pasti kerna itulah salah satu sumber kekuatanku....



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Doa Seorang Kekasih
In-Team

YA ALLAH ampunilah daku,dirinya,keluargaku dan keluarganya serta kaum mukmin sekalian..Ku amat menginginkan dirinya,kumohon damaikanlah hatiku didalam penantianku ini..Semoga Allah menjaga hatiku dan dirinya dari kekotoran fitnah duniawi..YA ALLAH,kami memohon kedamaian di hati kami..Jika dirinya bukan untukku,satukanlah hati kami di syurgamu..Ku amat berharap bertemu dirinya di Alam penghujung jika itu jodoh pertemuanku..Aminn~




Allah Tuhanku,Rasulullah teladanku..


Saturday 23 April 2011

Majlis Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh


 
        
        Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh pada hari Jumaat  22 April 2011 telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V  sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Baginda turut  melancarkan program Membina Generasi al-Quran di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) pada masa yang sama. Sebanyak 3000 naskhah al-Quran telah dibahagikan kepada para ahli jemaah yang hadir.



Gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumbuh pada 22 April 2011. KDYMM Sultan Muhammad keV telah berangkat menyempurnakan perasmian.  































Friday 22 April 2011

Sultan Muhammad ke-V,Sultan Tanah Serendah Sekebun Bunga


 
                     Sultan Muhammad Faris Petra
 
          Sembah patik buat Sultanku, Sultan Muhammad Faris Petra. Selamat menduduki takhta buat Tuanku Sultan yang amat disanjung rakyat. Mengunakan gelaran Sultan Muhammad ke-V mengantikan ayahandanya iaitu Sultan Ismail Petra pada majlis pengishtiharan Sultan pada 13 September 2010 yang lalu yang mana menjadikan Tuanku sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 memerintah kelantan. Pemilihannya yang mana ketika itu putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid telah mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu. Pengishtiharan baginda sebagai Sultan kelantan pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup.


                                                   
                    Pemerintahan Diraja Kelantan
                 Ayahanda Tuanku,Tuanku Ismail Petra    
                                                                    
         
            Perlantikan baginda walaupun mendapat pertikaian dari saudaranya iaitu Tengku Temenggong Kelantan,Tengku Muhammad Fakry telah dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Perlantikan itu jugak hasil dari persidangan sebulat suara Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan. Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu. Pengistiharan itu telah menarik minat lapisan rakyat mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.
     

           
            Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.

            Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A’Ishah Putri.

            Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

            Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.
 

INFO : Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V

Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
Anak sulung daripada empat beradik.
Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

Pendidikan
Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975.
Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
Kelas Persediaan – The Alice Smith School,
A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989
Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London
Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
European Business Administration – European Business School London.

Hobi
Membaca
Ekspedisi pacuan 4 roda
Golf
Kuda Lasak
Menembak
Memanah
Badminton
Bolasepak
Bowling.

Aktiviti sosial dan agama
Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana
Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan
Dampingi alim ulama
                            Sifat pemurahmu terserlah
                           Tuanku mengimamkan solat
                          Perihatin pada nasib rakyat
                            Tuanku berjiwa rakyat
 
BICARA BUAT SEORANG SULTAN 
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra

pada kerendahan dalam pakaian

pada penampilan dalam keramaian

perasaan tertawan kepada sang sultan


pada bicara yang sederhana,

pada gaya yang bersahaja,

jiwa tertarik pada raja,

moga nyata, dia payung rakyat jelata..


inilah nasihat raja dan rakyat…


raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang

raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'

raja dicinta bukan kerna kuasa

raja dihormat bukan kerna pangkat 


raja dimulia kerna takwanya,

raja disayang kerna dia berjuang,

raja diangkat kerna Tuhan memberkat

raja dicinta kerna budi bahasanya,

raja dihormat kerna kasihkan rakyat


raja dibenci kerna buruk budi,

raja dicerca kerna tamakkan harta,

raja dimarah kerna dia bermewah

raja dilupa kerna tinggalkan agama,


apabila raja itu zuhud,

namanya selalu disebut

apabila raja takutkan Allah,

sekelian rakyat jantung diserah

apabila raja sangat sederhana,

jiwa jelata penuh bangga,

apabila raja kuat agama,

dengan ikhlas rakyat berdoa..


tuanku raja yang masih muda,

namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,

dalam kehidupan penuh kerakyatan,

sayang rakyat penuh melimpah

kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA



Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat pada pemerintahan Tuanku

Thursday 21 April 2011

Nasib Patani dan Rintihan Patani


            Mutakhir ini banyak suara-suara simpati dan peka dengan keresahan dan keperitan yang dialami oleh bangsa Melayu/Islam Patani.Ada beberapa perkara dan fakta yang pihak kami rasa harus dibentangkan disini kapada para pembaca dan penyokong. Pertama Kegemilangan Patani jatuh pada tahun masehi 1786 setelah beratus-ratus tahun berperang dengan bangsa Thai.Patani sentiasa menang dalam peperangan sebelumnya bahkan tentera Patani pernah mengalahkan benteng Ayuthia ! Kekalahan yang terakhir itu adalah kerana konspirasi dan pengkhianatan dari dalam pimpinan Patani sendiri. Sejak dari tarikh kekalahan itu Patani begitu lemah kerana sebahagian besar dari askar-askarnya telah ditawan dan diseksa dan di bawa ke Bangkok. Hanya yang ditinggalkan adalah orang-orang tua perempuan dan kanak-kanak yang telah bunuh oleh askar Siam sebanyak 30,000 orang dengan meniarapkan mereka di atas jalaraya dan di pijak dengan gajah  secara kejam.!!!

          
             Selepas dari  tarikh tersebut kebangkitan sering berlaku tapi secara kecil-kecilan. Selalunya mereka melakukan pembasmian beramai-beramai secara kejam.Negara Patani pernah berdamai dengan Siam dengan membayar bunga emas sebagai perlindungan. Hasil dari tidak melawan dan berhenti berperang ini, Siam dengan galakan dari penjajah Inggeris telah pada tahun 1902 mengishtiharkan Patani sebagai sebahagian dari bumi Thai. Pada tahun1909 ,telah diadakan perjanjian Anglo-Bangkok diantara Inggeris –Siam tanpa memaklumkan pada Raja-raja melayu pada masa itu.

          Rakyat Patani mula bangkit semula sehingga membawa kepada berbagai-bagai peristiwa pembunuhan kejam oleh Siam yang tidak dapat di lupai oleh bangsa Melayu Patani!!!!

         Pada permulaaan kemasukan Jepun ka-Tanah Melayu melalui Siam pihak Inggeris telah minta bantuan Tengku Mahmud Mahyidin (anak raja Patani) yang terkenal dengan gelaran harimau Malaya untuk menyiapkan pasukan gerilla yang di kenali sebagai Force 136. Banyak orang –orang Patani terlibat dalam pasukan ini.Inggeris menjanjikan akan menyatukan Patani dengan persekutuan tanah melayu jika berjaya mengalahkan Jepun. Selepas perang ketika pihak inggeris bersdia melaksanakan janji mereka tiba-tiba Amerika menghalang kerana bimbang Siam akan memihak pada blok Komunis.Selepas itu Tengku Mahmud Mahyidin telah dibunuh secara diupah pembantunya memberi racun kedalam makanannya!!!!.Haji Sulong juga telah dibunuh dengan kejam oleh Siam tanpa diketahui dimana kuburnya. Selepas itu bermulalah kebangkitan orang-orang Patani secara tersusun dan terancang.Seandainya dimasa itu wujud nya setiakawan Bangsa Melayu dari pemerintah Malaya sudah tentu Patani tidak terbiar saperti hari ini.Kebangkitan ini berperingkat. Bermula dari memujuk tokoh-tokoh disegani dan memberi kefahaman perjuangan kapada mereka sehinggalah dapat dibentuk suatu tentera yang terdiri dari anak-anak muda yang terlatih.Perjuangan mula menurun pada tahun 90-an apabila berlaku gerakan masjid kerisik yang juga didalangi oleh pemimpin pejuang yang berpakat dalam suatu pakatan yang di namakan PRC.

         Setelah pemerintah Thai mengganyang pergerakan masjid kerisik kumpulan Wahdah,sebuah kumpulan ahli-ahli politik melayu yang bekerjasama dengan Chaovalit dalam partai Harapan Baru mengambil kesempatan dengan alasan untuk membila nasib pejuang-pejuang masjid kerisik.Mereka berjaya menggunakan sel-sel yang telah dibentuk oleh pergerakan masjid kerisik.Dari hari itu hampir seluruh masyarakat Patani telah sekali lagi memberi peluang pada keamanan untuk membela nasib rakyat Patani. Kumpulan Wahdah berjaya membina sel-sel mereka sehingga pada keseluruhan tahun 90-an orang -orang Patani telah hampir-hampir menolak jalan Jihad sebagai perjuangan mereka kerana begitu yakin dengan pembelaan dari kumpulan wahdah yang mendapat tempat istimewa disisi penjajah Thai.

        Kedudukan orang-orang melayu agak maju sehingga saudara Wan Mohd Nor Mattar  pernah dilantik sebagai Menteri Dalam negeri dan Timbalan Perdana Menteri.Perkara ini tak pernah berlaku dalam sejarah  orang-orang Patani. Hampir seluruh pembesar-pembesar melayu memberi kepercayaan penuh pada penjajah Thai.

        Rupa-rupa nya pihak Thai tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini,terutamanya golongan tentera.Kerana bagi tentera jika Negara aman  akan hilanglah sumber pendapatan yang besar bagi Jeneral-jeneral mereka.Selepas itu mereka mula mencipta berbagai masalah dikawasan Patani. Sehinggalah berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap-pemuda yang hanya bersenjatakan parang didalam masjid kerisik  pada April 2004 !! Mereka menyerang masjid dengan disaksikan oleh rakyat Patani disekitar masjid Kerisik!!.Mereka menyerang masjid seolah-olah satu peperangan yang besar untuk membunuh orang-orang yang tak bersenjata.!!!!

       Pada bulan Oktober 2004 mereka melakukan pembunuhan yang lebih kejam.Pembunuhan dilakukan kan keatas penunjuk-penunjuk perasaan yang hanya inginkan jawapan dari penjajah tentang  apa yang berlaku keatas enam orang pengawal kampung yang telah ditangkap beberapa hari sebelumnya. Penunjuk-penunjuk perasaan ini di tindas saperti binatang .Hampir seribu orang telah hilang dalam tunjuk perasaan salama enam jam itu.Berbanding dengan tunjuk perasaan ganas oleh bangsa mereka di Bangkok yang berjalan selama empat bulan hanya beberapa orang sahaja di tembak mati.!!!!

        Sejarah tentera Thai ini dari dahulu hingga sekarang  tidak pernah melayani orang-orang Patani sebagai manusia.Hampir setiap hari orang-orang yang disyaki sebagai pejuang di culik,sama ada dibunuh atau di penjara.
        Pihak kami mempunyai senarai 1500 anak-anak yatim yang bapa-bapa dan ibu mereka dibunuh oleh tentera Thai sejak dari tahun 2004.

        Kami orang-orang Patani juga cinta kan keamanan.Kami juga mahu memajukan bangsa kami saperti bangsa-bangsa lain didunia.  Tentang saranan dari saudara Kongkolou  supaya pihak kami meletak senjata dan mulakan perundingan dengan bantuan dari pihak Malaysia adalah di alu-alukan. Kami yakin munkin saudara Kongkolou adalahsalah seorang pegawai yang sentiasa memujuk pemimpin-pemimpin Patani menerima tawaran damai.Alasan beliau ialah kerana Malaysia tidak akan membantu orang-orang Patani dalam bidang militer atau perang.Kami juga yakin demikian kerana kami yakin Malaysia merasakan ia akan rugi jika Patani diberi  kemerdekaan.Kalau nak katakan Malaysia tak pernah membekalkan senjata pada mana-mana pihak, kami tak setuju.  Mungkin saudara Kongkolou tidak tahu tentang apa yang berlaku dalam proses pembesaran MNLF  tahun 1972 dahulu!!!!

         Dalam rekod kemanusian terhadap rakyat Patani pun ada cerita-cerita menarik juga.Kami tidak pernah meminta Malaysia membekalkan senjata kapada kami.Kami hanya sekadar memohon membenarkan kami tinggal di Malaysia sementara waktu .Dibenarkan mencari rezeki dan memberi peluang pada anak-anak kami untuk belajar dan mengambil peperiksaan.!!!!

         Sudah berapa banyak pejuang-pejuang kami yang ditangkap oleh Polis Malaysia kemudian diserah kapada polis Thai hanya untuk  terus dibunuh.Yang lebih menarik lagi ada orang-orang kami yang  tidak diizin tanam ditanah perkuboran  bila meninggal dunia!!!


Gambar Pembunuhan Kejam Beramai-ramai ketika solat di Masjid Kerisik,Selatan Thailand









Warkah dari Pengembala

            Assalamualaikum buat pengembala-pengembala dunia. Menganggap diri ini sebagai pengembala kerana diri ini amat menggangumi ciptaan Allah SWT yang amat elok dipandangan serta sifatnya yang telah diutuskan ke dunia dengan kemaslahatan tersendiri dan punya peranan teragung kepada dunia kerana kerana setiap manusia itu adalah pengembala yang mengembara di atas dunia yang fana ini. Pengembala itu mempunyai cukup sifatnya sebagaimana Adam yang diciptakan Allah dari unsur berlainan berbanding makhluk-makhluk Allah yang lainnya dan itulah sebaik-baik ciptaannya..

Firman Allah
"Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari satu genggaman tanah yang digenggam-Nya dari seluruh permukaan bumi. Kemudian anak-anak Adam datang sesuai dengan kadar warna tanah. Diantara mereka ada yang merah, putih, hitam dan perpaduan antara warna-warni tersebut, ada yang lembut dan ada yang kasar (keras), ada yang jahat dan ada juga yang baik, atau diantara keduanya."(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan at Tirmidzi. At Tirmidzi )
                                                               
             Allah menjadikan manusia itu bersuku-suku atau berlainan bangsa supaya manusia itu hidup mengenal antara satu sama lain. Setiap suku bangsa itu ada budaya,adat dan tidak ada jurang antara mereka untuk tidak bergaul sesama mereka sebagaimana pengembala mengembala di kawasan pengembala yang lainnya dan tidak adanya sengketa sesama mereka kecuali hati mereka dikuasai sifat amarah dan prejudis sesama manusia .Manusai itu sebaik-baik penciptaan dan Allah telah menyatakan tentang penciptaan manusia di dalam Al-Quran..

Sesungguhnya telah disempurnakan penciptaan salah seorang dari kalian dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk sperma, kemudian dia menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula, kemudian Allah mengutus kepadanya malaikat, kemudian ditiupkan ruh kepadanya, lalu malaikat tersebut diperintahkan untuk menulis empat perkara; untuk menulis rizkinya, ajalnya dan amalannya dan nasibnya (setelah mati) apakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada ilah yang berhak diibadahi selain Dia. (HR Bukhari dan Muslim)
          
          Allah menciptakan manusia itu dengan akal,nafsu dan hati supaya manusia itu mampu mengenal segala apa yang Allah kurniakan kepada mereka . Baik buruknya semuanya dari Allah. Tidak ada satu pun ciptaan Allah yang tidak ada kegunaannya namun manusia yang dikurniakan Allah dengan akal serta panduannya perlu menilai baik buruknya. Maka yang demikian itulah Allah telah menciptakan syurga dan neraka kepada makhluknya sebagai peringatan dan pergantungan kepadanya..

Sesungguhnya salah seorang dari kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli surga, sehingga jarak antara dirinya dengan surga hanya satu hasta, lalu dia didahului oleh catatan takdirnya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga dia memasukinya. Dan salah seorang di antara kalian benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, hingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya sehasta, lalu dia didahului oleh
catatan takdirnya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli surga hingga dia memasukinya. (HR Bukhari dan Muslim. Shahih dikeluarkan oleh Al Bukhari)
 Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)


              Telah diciptakan oleh Allah SWT dalam setiap diri pengembala(manusia) itu dengan ciri-ciri kepimpinan yang menjadi pengembala di atas dunia ini seumpama khalifah kepada pengembala-pengembala lainnya dan makhluk-makhluk ciptaannya yang lain. Allah menganugerahi diri kalian dengan sifat-sifat yang tidak ada pada makhluk-makhluk ciptaanya yang lain. Wahai manusia! kenalilah yang kalian adalah insan terpilih yang dipilih oleh Allah sebagai pemimpin. Pernahkah kalian menyangka Allah menciptakan kalian dengan sia-sia??.Dan ingatlah ketika terciptanya kalian oleh Allah maka makhluk-makhluk lain yang sentiasa sujud kepada Allah mempersoalkan penciptaan engkau wahai manusia..
    
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)

               Pernahkah kalian memikirkan sejenak  setiap apa yang Allah jadikan di atas dunia ini?. Masih wujudkah perasaan kagum pada penciptaan makhluk Allah lainnya?. Kita adalah manusia yang sentiasa lalai dengan nikmat dunia walaupun kita telah mengenal erti kita diciptakan. Kita adalah pengembala,kita adalah pengembala. Dimana kita dipilih Allah untuk mengembala, disitu jualah kita harus mengembala dengan panduan yang Allah gariskan untuk kita. Setiap penat lelah yang kita hadapi bukan sia-sia dipandangan Allah tetapi bayaran kenikmatan Allah yang menjadi pulanganya..

 “Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
(Muttafaq ‘alaih)


"Allah Tuhanku, Rasulullah Teladankuku"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...