Bismilahirahmanirahim...
Wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah setampan Nabi Yusof, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..
Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai suami jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama menunduk sujud padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi untuk menjadi imammu untuk solat subuhmu kerana ku ingin solat subuh berjemaah di masjid bersama dirimu..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnyku dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku bersilih ganti denganmu untuk sentiasa menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika aku melarangmu keluar jika engkau tidak berpakaian mengikut kehendak syarak yang telah difardukan padamu
Adakah engkau sanggup ketika kita keluar bersama,engkau berjalan denganku dengan bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hamba Allah yang lain....
Adakah engkau sanggup jika aku cuba membantumu menyediakan masakanku untuk meringankan beban kerjamu tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan engkau pintaku menyunting bunga yang lain untuk diriku namun aku menolaknya..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???
Adakah engkau sanggup jika caraku tidak menyenagi hatimu..
Adakah engkau sanggup jika aku menegurmu dan menasihatimu bukan dengan cara yang engkau senangi,kerna aku mahu engkau mengetahui yang aku amat menyayangimu dan tidak akan mengabaikan tangungjwabku keatasmu
Wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi aku mengharapkan engkau memahami aku…
Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap isteriku tika itu..namun ku tetap nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang selayaknya untuk dirimu..kerana cukuplah Allah dan RAsul bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal isteriku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan kerja dan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya sebagaimana aku menerima dirimu~
Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia yang Maha Agung~
Sekian warkah khas untukmu wahai Hawa yang akan bertakhta di hatiku sebagai isteri..
Allah Tuhanku,Rasulullah Teladanku~