Sahabat

Kata Berhikmah , Teladan Terserlah

“Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
(Muttafaq ‘alaih)


Sunday, 4 September 2011

"Baca blog lama-lama boleh jadi goblok !", kata Dato' Ahmad Maslan dalam ucapan beliau.



Juga boleh rujuk perkara yang sama di blog : Gerakan Anti PKR 


Penghuni Gua :Itulah sebahagian petikan dari blog 10 SBH. Jika benar apa yang dituliskan , amat malang bagi UMNO kerana mempunyai Ketua Penenrangan yang terlalu dungu dan jauh ketinggalan kebelakang dalam dunia siber.

2. Bagaimana seorang ketua Penerangan UMNO iaitu parti terbesar boleh mempunyai ketua penerangan yang sebegini. Ahmad Mazlan ini kalau dilihat dari sejarahnya lebih kepada mengangkat bakul sendiri. Ke mana dia memberi ucapan pun tak lain hanyalah memmuji dan menunjukkan kelebihan mengapa PM memilihnya sebagai ketua penerangan dalam umur yang muda. Itu aje lah modalnya.

3. Sehingga sekarang , apa tindakan dan perancangan ketua penerangan ini ( yang terlebih pandai dari orang lain ) untuk memulihkan pengundi muda agar dekat dengan BN. Kosong. Ada medium seperti blog , ketua penerangan ini tidak hendak menggunakan sepenuhnya. Bodoh sangatkah Ketua Penerangan ini untuk berfikir bahawa dengan mendekati dunia blog ini, UMNO / BN dapat mendekati suara oramg muda yang amat diperlukan oleh UMNO / BN ?

4. Tidak nampakkah kepentingan blog / facebook dan sebagainya yang menjadi kegilaan remaja dunia kini? Adakah Ahmad Mazlan ini masih buta matanya dan buta mata hatinya?

5. Kalau benar kata-kata Ahmad Mazlan ini bahawa membaca blog akan menjadikan seseorang bodoh maka beliau menghina juga usaha PM dan TPM yang sudah membuka blog mereka dan mendapat sambutan ramai. Harapkan beliau sebagai ketua penerangan , haram tak ada. Pemalas nak menulis. Hanya pandai bercakap sahaja. Cakap pun hanya memuji diri sendiri . Itu sahaja lah kebolehan beliau.

6. Malang bagi UMNO memiliki ketua penerangan yang mempunyai mentaliti yang amat rendah dan jauh terkebelakang. Kesian UMNO.

7. Bagi jangka hayat UMNO dan nama baik UMNO dalam jangka panjang , PG cadangkan agar beliau ini digantikan dengan orang lain. Ada pun beliau buat semak sahaja dan beliau tidak dapat pun menterjemahkan apa yang PM dan TPM hasratkan. Beliau adalah liability kepada UMNO . Buang dan nyhahkan dia dari kedudukannya secepat mungkin.



Posted by Arif Omar 


Abe ANih Sep kITo>>Ayat diatas agak kurang sopan digunakan namun kita seharusnya mengambil apa yang boleh dijadikan sebagai pendirian kita dan  paparan ini sebagai perkongsian ilmiah dan pentingnya meneroka media baru untuk mendekati minda masyarat yang makin progresif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...